Assalamualaikum kawanII dan para Pembaca ... anda pasti tahu akan berkenaan dengan mimpi, dan anda juga pernah mengalami mimpi , tidak kisah la sama ada mimpi baik, ngeri , atau sebagainya. Mimpi selalunya akan terjadi masa kita tidur kan..Korang pasti pernah dengar kan kenyataan berkaitan dengan mimpi
I. Mimpi ini mainan tidur.!
II. Mimpi kadang2 jadi petunjuk !
III. Mimpi jugak boleh jadi kenyataan.
Okay, First of all Syira nak minta maaf akan kenyataan ini boleh membuatkan kamu semua terfikir akan apa jua mimpi yang pernah korang alami selama ni. ataupun mengingatkan kamu kepada peristiwa yg menakutkan. Syira nak cerita kan kat korang ni berkaitan dengan mimpi syira sendiri, bukan orang lain. ini benar2 terjadi dekat syira,
Now, Syira berumur 21 THN, ikut tahun la, kalau ikut tarikh lahir belum sampai 21 THN lagi. hahaha.. Syira da banyak kali bermimpi, dulu masa Syira kecik, lingkungan 10- 15 Thn kot, Syira banyak sgt mengalami perkara yang sama iaitu, mengingati perkara yang terjadi ketika itu da pernah terjadi dalam hidup Syira, fikir2 rupanya Syira pernah bermimpi perkara tersebut. Banyak la kejadian yang mcm ni, syira pun da lupa apa kisah nya..
Syira ada satu perkara yang tak pernah dan tak akan syira lupakan sampai bila-bila. yelah ni bermain dengan perasaan Syira kOt. korang mesti nak tahu kan apa yang Syira mimpi dan apa yang menjadi kenyataan mengenai mimpi tersebut. Ok, syira ceritakan.
Dulu waktu lepas SPM syira kenal dengan sorang mamat ni, umur dia lebih tua setahun dengan Syira. Lama kelamaan kami berhubunga melalui hp, kami kapel, ok lah kami kapel, agak lama jugak hubungan kami, setahun jugak kot.. tapi dalam masa 6 bulan terakhir hubungan kami, Syira selalu bermimpi yang ada orang ketiga antara kami, salah satu mimpi syira ialah, kami berjanji nak jumpa, makan2, tapi last2 syira sampai tempat yang dijanjikan, tapi ada sorang perempuan tgh mesra2 dengan BF syira ketika itu.. Tapi syira tak mampu bersuara dalam mimpi tersebut, hanya menangis dan terus lari..... tu salah satu mimpi syira , banyak lagi mimpi syira dengan dia tapi ada org ketiga. Bila tersedar pagi tu, syira call dan bagitahu pasal mimpi tersebut, dan dia jawab, xde ape2 la..
Rupanya dia memang ada org lain. dan 6 bulan itu la syira kena tipu dengan dia. 6 bulan tu dia ada perempuan lain sebelum kami Break. So mimpi tu petunjuk bagi syira. . bahawa dai menipu syira dan jangan terlalu percaya sgt dengan dia ketika itu.
Korang pun, mesti nak tahu kenapa syira Update kisah mimpi ni kan, Syira update ni sebab skrg ni syira hanya ada sebulan lagi sebelum majlis akad nikah, dan perkenalan antara syira dengan Bakal Suami syira ni adalh 1 tahun lebih skrg, dan skrg syira tak percaya sgt dekat dia sejak dia tukar tempat kerja. dan satu malam lepas, Syira mimpi yang antara kami ada orang ketiga jugak. sama dengan mimpi yang lalu.Cuma bezanya watak perempuan yang hadir dalam hubungan kami. Yang sekarang ni org yg Syira sgt kenali dulu, waktu belajar, dan Perempuan ini jugak Bekas GF bakal suami Syira ni. Dalam mimpi tu, Syira nampak dengan mata kepala sendiri yang dia mencium bakal suami syira tu. Dan bakal suami syira sempat pujuk syira dalam mimpi tu bahawa dia xsuka mcm tu.
Syira cuma takut perkara yang sama terjadi. Syira syg bakal suami syira tu. Syira kalau boleh biarlah jodoh kami panjang dan sampai mati.
Wallahu a'llam...
Semoga mendapat manfaat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan