Syukran

Syukran

Rabu, 4 Disember 2013

4 month ...

Bismillahirrahmanirrahim.. 

kai faha lukum ? 

Semoga hidup kita diberkati Allah S.W.T 

   Pejam celik Pejam celik, dah 6 bulan aku dirisik Oleh Family En. Amran Bin Yahya a.k.a Che Am. Seorang kerani pejabat Kolej Poly-tech MARA Bangi. Tak sangka tak diduga, aku terima dia , dan dia jugak terima aku . Dalam masa 6 buln ni, bermacam - macam dugaan yang kiteorang hadapi, gadoh sampai nak break off lah, gaduh pasal bnda remeh je kot . aiii.. Subhanallah, Allah maha mengetahui, kiteorang tak juga break , sudah kehendak yang Maha Esa mcm ni. kalau kita kata tidak , tapi Sang Pencipta kata ya, usaha mcm mane skali pun ttap takkan berjaya juga.. Walau ape pun. Alhamdulillah . aku sygkan dia..

Sekarang tinggal berapa bulan je lagi untuk kami disatukan ,, atas perbincangan ramai dua2 belah pihak , kami bersetuju untuk bertunang pada 22 Mac 2014 sekaligus dengan upacara Akad Nikah.... Majlis bersanding pada 23 mac 2014. Manakala majlis resepsi sebelah laki pulak jatuh pada 6 April 2014. 

   Okay. semua tu dah selesai , skrg cuma tinggal Time untuk isi Borang Kebenaran Berkahwin sebelah lelaki . dan kursus kahwin kami.. Hurmm yang kami stressnya ni, nak isi borang tu kemain lagi susah. Banyak sangat law nya.. Aku pulak yang stress.. Yelah , mana tak nye, aku yang kena isi semua tu, kena print semua .. arghh tambah2 aku ni tak tahu sangat pasal kahwin nikah ni.  Tapi takpe , sekarang kan zaman teknologi canggih . semua benda boleh buat cepat ...

Cuma nak tunggu turn beli barang hantaran ni aku pening , yelah baru kerja setahun dah nak kahwin, mane ade duit lagi kan . Ish3.. so terpaksa lah aku kerja lebih sikit .. nak dapatkan duit tu.. ssh jugak rupanya nak kahwin ni. ingat senang ke . So sape2 yang nak kahwin muda tu , Pastikan korang dapat yang pocket tebal lah, baru tak ssh korang nak cari duit semua tu. heheehehee.. tapi future Husband saya ni xbanyak duit pun , biasalah kerja pun biasa2 je. xde ape yang nak bangga sgt . Aku terima pon sbb restu IBUBAPA. kalaau family berat hati nak terima, ssh jugak aku nak terima dia.. Dia pulak kemain lagi suka bila tahu aku n family setuju dgn lamaran dia tu. Aku pun time tu tawakkal je . Sebab tak berani nak kata ya / tak .. semua Kerja Dari NYA.. kalau kita yakin , insyaAllah . semua akan selamat . 

Alhamdulillah . sekarang bertungkus lumus nak siap kan Borang. Doakan Kami ye semua . 

Wassalam. :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan