Assalamualaikum.
Dah berhabuk rasanya blog saya ni. Maklumlah sibuk sgt dengan anak. masa bepantang mana sempat nk update ni. :)
hehe.
Alhamdulillah saya dah selamat melahirkan BABY BOY pada 27.12.2014 ( sabtu ) jam 11.50A.M, berat 2.75kg.. Nama diberi " MUHAMMAD HAKIM BIN AMRAN ". Syukur alhamdulillah, sekarang baby pun dah nak masuk 6 bulan.. Alhamdulillah perkembangan cukup cepat .
MENIARAP = 3.5bln
MERANGKAK = 5bln
CARA BERSALIN.
Saya kerap rasa sakit , tapi bukanlah sakit sgt, cuma sakit biaasa biasa je. . so xdelah pergi hosp. sakit tu pun sejak mggu ke 38 lagi. xde pon tanda nak bersalin sbb umi saya pesan kalau dah turun darah atau pecah ketuban baru pergi, tu tanda dah dekat bersalin. tapi saya sakit sampai lebih due dua hr. maksudnya due saya 25.12.2014. tapi bby lahir 27.12.2014. .
25.12.2014 , Khamis
Hari ini due saya. tapi memandangkan saya belum lagi ada tanda nak bersalin, so malam tu sy ajak suami ke i-City shah alam. Kononnya nak berjalan byk biar senang bersalin nanti. kebetulan malam kristmaas mmg meriah la dekat i-City tu.. memang satu i-City saya nga husband berjalan berpusing, makan aiskrim bagai. segala yang teringin tu, semua sy hentam malam tu. yela lepas ni dah kena pantang. Husband pon ikutkan je. hehe . Terima ksih Husband :)
26.12.2014, Jumaat
Pagi ni dah mula rasa sakit, tapi biasa lah sakit biasa2 je, bukan nya sakit nak bersalin tu. masih lagi boleh berjalan. sakit pon 2 3 jam sekali. . Husband mmg nak bawa ke hospital la, tapi sy menolak sebabnya saya xlarat nak tunggu di dewan bersalin tu lama2 sebab sy rsa lambat lagi nak bersalin. yelah sakit pun biasa2 je, xsakit sangat. Sakit tu berulang sampai malam, jam 8.45 P.M sy ke toilet nak solat isyak, then ternampak ada tompokan darah dalam kuantiti yang sikit (setitik Kot ). So, sy bgtau husband, lagi lah dia cuak, nak bawa ke Hospital cepat, saya cakap, tunggu darah banyak sikit, lagipun xsakit pon. Then malam tu saya call Umi dikampung, bagitahu yang dah keluar darah, dia pun suh g hosptal juga sbb takot baby lemas, then sy ckp nk tggu drh byk sikit, nntikan xpasal nk tggu lama kat hospital tu, bukannya boleh tdr pun kat situ. lps je call umi, saya tdr sampai la pg. langsung xde rasa sakit.
27.12.2014, Sabtu
disebabkan xsakit dan takde darah keluar lagi, saya risau baby lemas, saya ajk husband ke Hospital juga jam 7.00 a.m. sampai sana , tunggu turn nurse panggil untuk cek jalan. tepat jam 8.00 a.m dorang panggil, cek itu ini, cek bby semua, smpai jam 8.30 a.m cek jalan dah buka 4cm, terkejut haa.. dalam xsakit dah 4cm. then nurse dah bg baju pink, cucuk jarum n tulis kat whiteboard yang next cek jalan pukul 12.30pm. huhu. lmbat lagi tu,
jam 9.00 am,
saya dah mula rasa sakit teramat sangat, tapi bertahan lagi sbb dorang kata lmbat lagi nak bersalin, sy kata ok, baby n saya boleh tahan lagi. sampai jam 10.00 am sy tahan n tengoj kekerapan sakit, mmg dah sakit 2-3 minit sekali. Sorang nurse nampak saya dah tak tahan sangat dah, so dia suh baring di katil, saya pun baring, doktor cek katanya dah 5 @ 6cm , lmbat lagi nak bersalin ni, dtg sorang nurse tanya, awak minum selusuh ke ? sy cakap ye. saya minum tapi dalam seteguk je. xbyk pon. Nurse tu ckp selusuh ni kalau org boleh tahan sakit takpe.kalau xboleh tahan sakit mmg merana la sbb dia akan bertambah sakit, padahal jalan lambat lagi buka. So, saya baring sambil bertahan sakit dan berzikir xhenti henti.
10.30 am.
disebabkan sy dah meraung kuat dan terasa nak teran, datangla sorang nurse yang baik ni, mmg sy suka kalau dia yang jaga saya , dalam dia kata lambat tapi dia cek jalan saya lagi sekali, terkejut dia sebab bukaan dah 10cm maknanya dah full. terus dia tolak ke labour room n emegency room sbb nak bersalin dah. cek itu ini, buat itu ini, dalam 11.00 am sy di labour room..
di labour room pulak ketiadaan staff, maklumla hr cuti kan. so persiapan agak lambat sikit, dengan menahan sakitnya , nurse dah pecahkan ketuban saya, . ajar cara meneran n bila masa sesuai meneran. so sy cuba buatkan apa yang diajar. dengan bertemankan suami disisi, dan membantu bidan untuk sambut baby boy saya. dengan 3 kali teran,tepat jam 11.50am sy selamat melahirkan baby boy saya. Alhamdulillah .
segala kesakitan terus hilang bila melihat baby di depan mata. .
INILAH WAJAH KESAYANGAN IBU DAN ABI .
MUHAMMAD HAKIM BIN AMRAN
SEKIAN CERITA HARI INI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan