Syukran

Syukran

Isnin, 24 November 2014

35Weeks5Days

Lagi bape hari jew dah masuk 36weeks. Rasa kejap jew. pheww. macam-macam dah fikir nie, segala perasaan takot, berdebar macam-macam lah kita fikir.. Da mula google tanda-tanda nak deliver tu. hehe. Nerves gilerr. 

Ooooohh lupa pulak nak share nga korang, masa 31 weeks aitu, kna tahan wad sbbnya ada kontraksi,. mesti korang tertanya tanya kan kenapa boleh jadi macam tu. Ok macam ni, hari tu, hari depavalli kot , lupa pulak.. biasa lah bila cuti je, mesti perasaan nak memasak tu membuak buak. so request nga husben nak masak sambal ikan + kelapa dan kuah kacang. so, pagi-pagi dia pergi lah beli barang2 semua tu, lepastu mula lah operasi memasaknyaa.. agaknya penat sangat kot, malam tu dari pukul 12.30 a.m perut mula mengeras n sakit sangat sampai tak tahan ar.. dah risau dah mulanya tu, sbb selalunya kalau mengeras sekejap je then ok dah. hampir 2jam jugak lah menahan sakit tu xkejutkan husben tido sbb kesian dia penat. Bila dah sampai nangis menggelupur kat atas katil tu, husben tersedar sendiri, dia dah risau, dia mula gosok-gosok perut harap ada kurang, tapi makin kuat plak sy nangis sbb sakit. masa dia gosok tu, kita perasan dai nangis tapi dia cover sbb xmo bagi kita risau jugk kot. Dia ajak p hospital, tapi kita xnk, Then kita rasa mcm nak buang air besar, bila dah buang tu still sakit lagi  tahan lagi 30Minit, still sama.. Heehe..xcakap pun kat dia yang sakit dah dekat 2jam tu, hehe.. maklumlah kita ni memang jenis xsuka sangat p hospital. Lastly, ready beg semua p hospital jam 3.00 A.M.

Dekat hospital tu sakit kurang dah sikit tapi perut still mengeras , rasa nak meletup pun ada. Bila nama kita dah panggil, kita masuk, Nurse check mcm biasa, Bp then , sentuh2 perut, lepastu suh tunggu untuk check baby ok ke x. Masa yang tu xd keputusan ape-ape lagi. Sampailah pkul 7pagi.. Dktor yang pakar sikit kot masuk, then kna check lagi. scan bagai, Dia kata kontraksi, kena warded n masukkan ubat matang paru-paru baby. Mak oiiii Sakit yang teramat sangatlah masa masukkan ubat tu, xboleh nak berjalan after that. nak xnak kna tahan jelah. lbh kurang 45minit lepastu, ketua kepada dktr2 semua tu datang, then sekali lagi dia check, pun sama jugak jawapan dia, ada kontraksi, kna warded untuk kawalan dorang. if laluan baby dah terbuka kna paksa bersalin. after that, ade nurse datang dengan wheelchair then minta kita naik atas tu, da mula risau dah, dorang nak paksa bersalin ke ape ni ? tengah berjalan tu, nurse cakap, bukan nak bersalin ye, kita nak masukkan awak ke labour Room untuk masukkan ubat hilang kontraksi tu, if ape2 senang sikit nanti. Bila dah baring kat katil tu, banyak nye wayar dorang lekapkan dekat perut kita, masukkan air lagi. aduhhh. seksanya rasa.. nasib baik ada husben temankan, banyak kali jugak dia lapkan airmata kita ni sambil pujuk kita. hehe.. 2hari jugak dekat dalam LR tu. pastu baru naik wad biasa. tu pun still dalam kawalan juga. 

ok lah.tu je lah nak share, penat sangat nak citer banyak-banyak.. 

Sekarang cuma masa menunggu untuk deliver jelah. dah ramai cakap yang perut kita dah kebawah, kita pun dah selalu sakit-sakit belakang n perut mengeras. g kerja pun menahan jelah sakitnya ni. kalo baring pun dah xtahu posisi mana yang selesa, semua serba xkena.. Husben pun dah risau-risau dah. yelah g kerja sendiri, jauh jugaklah dr rumah. Duk umah skrg pun dia xkasik buat apa-apa. padahal masa dah nak bersalin nilah buat kerja banyak-banyak biar senang nak bersalin kan. tapi apakan daya, nanti kena marah pulak. nasib baik dia faham, hari2 picit sejak tahu mengandung lagi. Alhamdulillah , semuanya ok je... walaupun suspek darah tinggi, tapi takde pun . hehe. 
Sekarang my mum pun dah ready untuk datang sini, bila sakit je diorang datang, maklumlah xde pengalaman kan. hheh.. 
Doakan semoga saya dan baby selamat ye. . terima kasih kerana sudi membaca coretan ni. 

:)

Rabu, 10 September 2014

** Trimester 2 **

Assalamualaikum readers semua.. 
Apa khabar semua ? Harap-harap semua okay.

Alhamdulillah, Sudah masuk 25 Weeks / 6 Bulan 1 Minggu (10/9/2014) usia kandungan syira. Sudah masuk trimester 2 lah maksudnya. haa, dah xlama lagi lah baby Ibu nak melihat dunia. Alhamdulillah Morning Sickness semua dah hilang, cuma kadang2 datang pening nyeeee, mak oiiii memg susah nak ckp lah. Syira ni bekerja, so kadang2 kalau pening kat ofis tu, apa lagi, curi tulang laa, p tidor kat bilik solat.. hehee. Time bos cari, xdok tu faham-faham lah. Haha. 

Haaa, yang ni nak citer.. sejak kandungan syira 20 weeks, Syira dah rasa gerakan baby. tapi xdelah kuat sgt, Yelah, baru 20weeks kan. Rasa seronok jugak bila ade tendangan baby. hehe. Sungguh xpercaya dalam usia muda ni aku mampu lalui segala mabuk mengandung, alahan bagai. Ya ampunnn!! kalau ingat2 balik, teruknya la haaii aku mabuk, Kesian kat En somi, Semua kerja rumah dia yang buat, Sekarang pun dia yang buat, Masak jelah aku dah mula masak. Sebab tak suka makan kat kedai.

Sekarang da 25 weeks, memang sangat terasa hasil pergerakan baby didalam perut Syira ni. Boleh nampak lah dr luar. En. Suami pun suka sgt usik perut. hehe ( Malu kejap tapi seronok), Kadang Syira boleh rasa baby tengah main2 dengan tali pusat kita ni. Bila dia mula mengeras, mak oiii, Tuhan saja yang tahu apa aku rasa.. Sakit . Tapi xpelah, baby kesygn didalam. .Setiap kali dia bergerak ke berpusing kat dalam ni, mesti terasa excited sangat nak bagitahu Abi (En. Suami) dia. haaa, Ni lagi satu xboleh tahan, tidur skrg memang xlena la, pusing kiri xboleh, kanan pun xboleh, kadang bila time Syira nak tidur, baby mula bermain kat dalam, mcm mne lah nak tidur kan. pagi-pagi lagi dalam pkul 4.30 a.m dia dah bergerak, Bila dia dah bergerak memang Syira xboleh nak tidur lah. Memang g ofis ngantuk je keje. Hujung minggu memang ganti balik tidur tu. hehe... Nasib baik En. Suami izinkan tidur. Bila time nk mask tgh hr tu, Syira bangunlah, masak. Kesian pulak kat suami nanti nak makan apa. hehe.
* Pernah terfikir, mcm ni lah agaknya aku masa dalam Rahim UMMI aku dulu. hehe*

JANTINA
 Kalau bab ni mesti korang tertanya-tanya kan. N member ofis Syira pun duk tanya-tanya, DA SCAN KE SYIRA ??? DAH TAHU BABY BOY/GIRL ?.. hheehe.. Untuk pengetahuan semua, memang la ada rasa excited nak scan tu, tapi al maklumla , xde masa. nak g scan kena wat appoinment bagai, En. suami pulak sibuk memanjang. So, jawapan dia xscan lagi, xtahu lagi baby boy ke girls. Kiteorang berserah pada TAKDIR jelah,. yang penting sihat tubuh badan, cukup sifat. hehe... 

haa. Ok lah, waktur Asar dah masuk.. Syira nak pergi solat dulu. 

dOAKAN SYIRA N BABY SELAMAT, DIPERMUDAHKAN SEGALA URUSAN MENYAMBUT KELAHIRANNYA NANTI.


Selasa, 24 Jun 2014

*** Kenangan Demi Kenangan .. First Preggy.***

ALLAHU AKBAR.(3x)

3 bulan telah berlalu usia perkahwinanku dengan pilihan Ummi dan Abah. Alhamdulillah, semuanya baik-baik saja. Walaupun kadang2 ada pasang surutnya.tapi tu adat Rumahtangga. Alhamdulillah, suamiku seorang yang penyayang, tapi keras kepala dia aku tak boleh nak atasi. Sampai menangis aku dibuatnya bila datang keras kepala dia tu. HEHE. Da besar pun nangis lagi. haha..

Ok lah, Kembali kepada Tajuk. ***KENANGAN DEMI KENANGAN.. FIRST PREGGY..**

MINGGU 3...
Time tu tak tahu pun preggy, suami tercinta demam tiba-tiba sampai tak boleh bangun. Loya-loya bagai. tapi pagi tu aku pergi kerja jugak sebab rancangnya nak bawak dia pergi klinik tengah hari lah... Tengah hari aku balik rumah, dengan niat nak bawa pergi klinik, tapi, sampai-sampai rumah dia lena tidur. So, tanya punya tanya, dia taknak pergi klinik, apa lagi, bagi ubat jelah, last-last aku join sama tidur sampai petang ha.. amik kauuuu.... then malam tu, dalam aku batuk-batuk kuat sangat, xpernah aku kena batuk teruk sampai keluar air mata seumur hidup aku 21 tahun , sakit teramat sangat. Dia pulak yang terpaksa bangun legakan aku sikit, tapi aku memang tak tidur sampai pagi lah sebab batuk tu. 2-3 hari jugak batuk tu.

2 hari lepastu, aku pulak yang demam. Aku kalau demam memg xbangun teruslah. Memang xlarat nak bangun, asyik sakit kepala je, pening loya lah.pergi klinik, memang suhu panas giler, dengan darah rendah yang teramat sangat. Jumpa pulak doktor lelaki, memang bagi ubat jelah. balik rumah, tidur... esoknya lagi teruk, loya dia tak terkata lah. Memang xboleh nak bangun langsung. Time tu ada terfikir, aku MENGANDUNG ke ??? hahaha.. Tapi xckp kat suami, petang dia nak bawak pergi klinik sebab nak amik mc lagi sbb masa pergi semalam tu dapat sehari je. Tapi aku memang xlarat nak bangun lah. So, dia je yang pergi jumpa doktor cerita semua. Jumpa lah DR.HUDA. dr kesukaan aku.. Dr tu cakap kat suami, "awak bagi je apa isteri awak nak makan. Selalu x macam tu." Tulah kata-kata akhir Dr sebelum suamiku balik rumah. Suamiku pelik. Lepastu, aku suruh dia g beli Pregnancy Test. Test sendiri.. Alhamdulillah, memang benar naluri aku,.. Aku MENGANDUNG !!!.. Aku suruh suami pergi tengok result tu dekat toilet selepas aku test. haaaa... memang da agak da.. tapi da lepas baik demam tu aku xdelah mabuk sangat pun. boleh makan macam biasa. . 2 Hr kemudian pergi klinik sahkan betul x mengandung.

MINGGU 6...
Masa ni aku da mula mabuk, Aku start mabuk pun selepas aku g makan Tomyam + kerang bakar dekat kedai D'Corner.. kedai kat Bangi.. Sampai je rumah, terus muntah, Habis segala apa yang aku makan tu keluar balik.Lepas pada tu mula lah Sensitive sangat dengan bau orang menumis, bau busuk, kadang-kadang bau suami sendiri pun xboleh. Tu bab bau lah.. kalau bab makan pulak, aku xboleh makan benda selain nasi putih kosng dengan ayam Goreng je. ikan bakar kadang-kadang ok. kadang x. Haaha.. Air pulak kena yang masam-masam je. Air kosng langsung xboleh nak mnum.Nanti loya je tekak aku ni.  Dekat seminggu lebih jugak lah aku macam tu. Makan buah pun muntah jugak. Memang makanan yang x berkhasiat jelah boleh masuk perut ni. Risau jangan cakap lah. memang risau gila..

MINGGU 9...
Haaaa minggu paling aku xsuka.. makan nasi kosong pun muntah.. langsung xmo makan apa-apa. dekat rumah tu wajib ada buah Epal sebab tu je yang aku boleh makan. makanan lain langsung xboleh. makan je muntah. banyak hari jugak sakit kepalanya. pergi Klinik Al-Huda, doktor cakap darah tersangat rendah. Lagi lah risau, Dr bgi ubat antibiotik, calcium n acid folid. Balik umah makan lah ubat tu, tapi hampeh muntah balik xsampai 30minit Selepas makan ubat tu. badan da lembik . Terbaring je. Kesian En Husband jaga kita. hehe. Semua kerja rumah dia yang buat. Terima kasih abang..

MINGGU 12..
Minggu ni aku g bukak buku kat klinik kesihatan Sg. Chuai. firstly kena timbang berat, haaaa.. terkejut aku, yang dulu 50KG,time tu tinggal 45.7KG... Mak oii xsmpai dua bulan mabuk aku hilang 5KG berat...lepastu Kena amik darah, aku ni kalau dah amik darah , memang akan rasa pening nak pitam lah.masa jumpa Nurse aku bagitau lah xboleh nak makan ubat langsung. so Nurse tu bagi ubat yang multivitamin tah apa nama ubat tu. Balik umah aku makan lah ubat tu, Kononya lah nak try, tapi hampeh, 15 minit je tahan. lepastu habis keluar.. huhhhhh.. penatttt...

Tu baru 12 minggu, skrg da 13minggu, 4 hari sebelum ni aku jmpa Dr Huda lagi, cerita lah xboleh makan ubat bagai, .. so Dr sunggest aku makan ubat budak 6tahun.. vitamin budak.. aku makan lah. oklah dallam 2/3 hari... lpastu dtg muntah lagi. huuuhhh.. en somi la jd mangsa jaga aku. Dr sokmo sebut jgn sampai masuk wad. huhuh.. minta2 xkena warded lah. xnokkk la... dah lagi bape hr je nak pose ni.. Aku harap boleh lah puasa mcm biasa . 

Ok lah ... setakat ni je dulu. next aku sambung lagi ye. :) 

Doakan aku dan Baby sihat selalu yee.

Selasa, 20 Mei 2014

Tadaaaaaaa...............

Assalamualaikum semua..

First of all nak minta maaf dulu ye sebab blog ni da berhabuk tak terisi.. Maklumlah sekarang semua da berubah da.. haaaa.. Okay , mesty korg terkejut kan sbb tiba2 ade gambar mcm pasangan pengantin baru kat atas tadi kan. haaaaa,, kalau anda nak tahu, tu lah gambar lepas akad nikah saya dengan cik somi mushuk sy. kami pergi pantai, ambik gambar kenangan banyak2. hahaha.. yang jd fotographer anak buah dia lah., sebab diorg je ada. Family sha xde. 

Haaaa.. Korang mesti nak tahu kan bila kami kahwin, haha... sonyap2 joo,... 
Tarikh Akad Nikah : 22 Mac 2014
Tarikh majlis : 23 Mac 2014

Ni ade la sikit gambar untuk korang cuci mata .. 
Ni gambar dekat masjid . lepas akad Nikah laaaa... dengan cik somi je ...

Ni gambar bersanding, dengan family dia ........

Ni Kononnya la action semata-mata


 Ni last part lah.. bergambar dengan Family sendiri.. haaa.. yang kocik tu anak buah aku la .. nak terbang jooo.


Korang da tengok kan gambar2 tu, so tak pelik lah kan ... aku da kahwin,, sekarang da nak masuk tiga bulan dah usia perkahwinan kami, InsyaAllah akan bertambah ahli nanti.. haha
Sekian, Wassalam


Rabu, 19 Februari 2014

......Kenapa kita berMIMPI.......


Assalamualaikum kawanII dan para Pembaca ... anda pasti tahu akan berkenaan dengan mimpi,  dan anda juga pernah mengalami mimpi , tidak kisah la sama ada mimpi baik, ngeri , atau sebagainya. Mimpi selalunya akan terjadi masa kita tidur kan..Korang pasti pernah dengar kan kenyataan berkaitan dengan mimpi

I. Mimpi ini mainan tidur.!
II. Mimpi kadang2 jadi petunjuk !
III. Mimpi jugak boleh jadi kenyataan.

Okay, First of all Syira nak minta maaf akan kenyataan ini boleh membuatkan kamu semua terfikir akan apa jua mimpi yang pernah korang alami selama ni. ataupun mengingatkan kamu kepada peristiwa yg menakutkan. Syira nak cerita kan kat korang ni berkaitan dengan mimpi syira sendiri, bukan orang lain. ini benar2 terjadi dekat syira,

Now, Syira berumur 21 THN, ikut tahun la, kalau ikut tarikh lahir belum sampai 21 THN lagi. hahaha.. Syira da banyak kali bermimpi, dulu masa Syira kecik, lingkungan 10- 15 Thn kot, Syira banyak sgt mengalami perkara yang sama iaitu, mengingati perkara yang terjadi ketika itu da pernah terjadi dalam hidup Syira, fikir2 rupanya Syira pernah bermimpi perkara tersebut. Banyak la kejadian yang mcm ni, syira pun da lupa apa kisah nya.. 

Syira ada satu perkara yang tak pernah dan tak akan syira lupakan sampai bila-bila. yelah ni bermain dengan perasaan Syira kOt. korang mesti nak tahu kan apa yang Syira mimpi dan apa yang menjadi kenyataan mengenai mimpi tersebut. Ok, syira ceritakan.

Dulu waktu lepas SPM syira kenal dengan sorang mamat ni, umur dia lebih tua setahun dengan Syira. Lama kelamaan kami berhubunga melalui hp, kami kapel, ok lah kami kapel, agak lama jugak hubungan kami, setahun jugak kot.. tapi dalam masa 6 bulan terakhir hubungan kami, Syira selalu bermimpi yang ada orang ketiga antara kami, salah satu mimpi syira ialah, kami berjanji nak jumpa, makan2, tapi last2 syira sampai tempat yang dijanjikan, tapi ada sorang perempuan tgh mesra2 dengan BF syira ketika itu.. Tapi syira tak mampu bersuara dalam mimpi tersebut, hanya menangis dan terus lari..... tu salah satu mimpi syira , banyak lagi mimpi syira dengan dia tapi ada org ketiga. Bila tersedar pagi tu, syira call dan bagitahu pasal mimpi tersebut, dan dia jawab, xde ape2 la.. 

Rupanya dia memang ada org lain. dan 6 bulan itu la syira kena tipu dengan dia. 6 bulan tu dia ada perempuan lain sebelum kami Break. So mimpi tu petunjuk bagi syira. . bahawa dai menipu syira dan jangan terlalu percaya sgt dengan dia ketika itu. 

Korang pun, mesti nak tahu kenapa syira Update  kisah mimpi ni kan, Syira update ni sebab skrg ni syira hanya ada sebulan lagi sebelum majlis akad nikah, dan perkenalan antara syira dengan Bakal Suami syira  ni adalh 1 tahun lebih skrg, dan skrg syira tak percaya sgt dekat dia sejak dia tukar tempat kerja. dan satu malam lepas, Syira mimpi yang antara kami ada orang ketiga jugak. sama dengan mimpi yang lalu.Cuma bezanya watak perempuan yang hadir dalam hubungan kami. Yang sekarang ni org yg Syira sgt kenali dulu, waktu belajar, dan Perempuan ini jugak Bekas GF bakal suami Syira ni. Dalam mimpi tu, Syira nampak dengan mata kepala sendiri yang dia mencium bakal suami syira tu. Dan bakal suami syira sempat pujuk syira dalam mimpi tu bahawa dia xsuka mcm tu. 

Syira cuma takut perkara yang sama terjadi. Syira syg bakal suami syira tu. Syira kalau boleh biarlah jodoh kami panjang dan sampai mati. 
Wallahu a'llam... 

Semoga mendapat manfaat.