Syukran

Syukran

Rabu, 4 Disember 2013

4 month ...

Bismillahirrahmanirrahim.. 

kai faha lukum ? 

Semoga hidup kita diberkati Allah S.W.T 

   Pejam celik Pejam celik, dah 6 bulan aku dirisik Oleh Family En. Amran Bin Yahya a.k.a Che Am. Seorang kerani pejabat Kolej Poly-tech MARA Bangi. Tak sangka tak diduga, aku terima dia , dan dia jugak terima aku . Dalam masa 6 buln ni, bermacam - macam dugaan yang kiteorang hadapi, gadoh sampai nak break off lah, gaduh pasal bnda remeh je kot . aiii.. Subhanallah, Allah maha mengetahui, kiteorang tak juga break , sudah kehendak yang Maha Esa mcm ni. kalau kita kata tidak , tapi Sang Pencipta kata ya, usaha mcm mane skali pun ttap takkan berjaya juga.. Walau ape pun. Alhamdulillah . aku sygkan dia..

Sekarang tinggal berapa bulan je lagi untuk kami disatukan ,, atas perbincangan ramai dua2 belah pihak , kami bersetuju untuk bertunang pada 22 Mac 2014 sekaligus dengan upacara Akad Nikah.... Majlis bersanding pada 23 mac 2014. Manakala majlis resepsi sebelah laki pulak jatuh pada 6 April 2014. 

   Okay. semua tu dah selesai , skrg cuma tinggal Time untuk isi Borang Kebenaran Berkahwin sebelah lelaki . dan kursus kahwin kami.. Hurmm yang kami stressnya ni, nak isi borang tu kemain lagi susah. Banyak sangat law nya.. Aku pulak yang stress.. Yelah , mana tak nye, aku yang kena isi semua tu, kena print semua .. arghh tambah2 aku ni tak tahu sangat pasal kahwin nikah ni.  Tapi takpe , sekarang kan zaman teknologi canggih . semua benda boleh buat cepat ...

Cuma nak tunggu turn beli barang hantaran ni aku pening , yelah baru kerja setahun dah nak kahwin, mane ade duit lagi kan . Ish3.. so terpaksa lah aku kerja lebih sikit .. nak dapatkan duit tu.. ssh jugak rupanya nak kahwin ni. ingat senang ke . So sape2 yang nak kahwin muda tu , Pastikan korang dapat yang pocket tebal lah, baru tak ssh korang nak cari duit semua tu. heheehehee.. tapi future Husband saya ni xbanyak duit pun , biasalah kerja pun biasa2 je. xde ape yang nak bangga sgt . Aku terima pon sbb restu IBUBAPA. kalaau family berat hati nak terima, ssh jugak aku nak terima dia.. Dia pulak kemain lagi suka bila tahu aku n family setuju dgn lamaran dia tu. Aku pun time tu tawakkal je . Sebab tak berani nak kata ya / tak .. semua Kerja Dari NYA.. kalau kita yakin , insyaAllah . semua akan selamat . 

Alhamdulillah . sekarang bertungkus lumus nak siap kan Borang. Doakan Kami ye semua . 

Wassalam. :)

Selasa, 20 Ogos 2013

Syukur itu Nikmat ~*~

Assalamualaikum readerssssss.....

Sekian lama saya tak uodate blog saya ni . agaknya da berhabuk kot . hahaha. jom kita clean2 blog nie cepat2 . almaklumlah orang agak bz sikit skrg ni . baru masuk kerja tempat baru kan . hihi , kena la jaga sikit yee.

okay readers , saya baru je beberapa hari ditempat kerja baru ni , Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Nilai,.
saya lapor diri kat sini pada 15/08/2013 (Khamis) . Saya ditempatkan di Pusat Hubungan Industri dan Pengkomersialan (PHIP) . dekat sini saya sendiri pun tak faham apa fungsi pusat ni , maklumlah dekat KPTM dulu mane ade pusat2 ni semua . industri saya tahu lah , mungkin berhubung dengan latihan industri student (LI) yang duk panggil Praktikal tu . yelah tu kot . So kalau dekat KPTM dulu maybe lah saya boleh buat dengan semua ni sebb semuanya guna manual . but now , at USIM , guna IT . saya ni tak fasih sgt IT . So kena banyak belajar lah kat sini . kena faham apa tu PHIP sebabnya kat sini bukan 100 -500 student tapi beribu student saya nak kena hadap sorang je . Takot untuk semua ni memang lah , sebab kita pun baru lagi masuk sini kan , dengan orang2 sini pun kita tak biasa lagi. InsyaAllah lama2 boleh kot .

Okay , bab tu xpe lagi kowt , boleh belajar sat je . tapi bab nak layan student ni , Kat sini bukan je student melayu wey.. sini ramai Pak Arab lah, tu yang aku rasa gentar sangat . third day saya kat sini , terasa macam duk kat negara asing je taw , maklumlah dari pagi sampai petang pak arab masuk keluar ofis kat saya duduk ni , dorang sibuk pasal English Plecement Test (EPT) . tu untuk dorang lah , kalau kita Melayu ni just Malaysian University English Test (MUET). Tengok si Noorul (rakan pejabt) saya ni terror je speaking ngan pak arab , dorang cakap omputih bukan cakap arab . haa tu yang buat saya gentar , saya ni dah la fail sgt2 bahasa omputih , nampaknya tiap2 malaam saya kena belajar omputih balik , malam je kena bukak kamus . belajar bahasa . arab insyaallah boleh belajr .

haaa , now da masuk hari yang kelima saya kat sini , memang xde keje sgt lah skrg ni , saya pun baru je lepas belajr sistem LI dengan Nazrul (rakan pejabat a.k.a Pem Tadbir) memang banyak lah dalam sistem tu . rumit jugak lah kalau belajar macm tu je , bulan 9 satgi mmg x menang tangan lah nak melayan student2 nie. time tu memang kena  hadap pak arab bagai ,. so from now lah saya kena fasih sistem ni . kalau tak mati saya kena marah dengan bos . . :)

Okaylah , saya mohon readers doakan saya berjaya untuk semua ni ye . byee
Assalamualaikum . :)

Rabu, 17 Julai 2013

Ramadhan 2013 ^..~

. 
Alhamdulillah , alhamdulillah hirabbil alamin, wassolatiwassalam muala ashrafiil ambia iwal mursalin.. 

syukur kehadrat illahi , kerana masih lagi kita sempat untuk menyambut ramadhan tahuun 2013 , .
1st ramadhan tahun ni jatuh pada 10 julai 2013 , 1 ramadhan 1434.
masih belum terlambat lagi kalau saya nak ucapkan selamat berpuasa pada kalian kan? hari ni 8 ramadhan . masih lagi di awalan ramadhan kan ? . okaylah kepada semua tu puasa lah elok2 ye . 
Puasa maksudnya menahan lapar dan dahaga dari terbit fajar hingga terbenam matahari , tapi bukan saja menahan lapar dan dahaga , kita juga kena menahan segala nafsu yg tidak baik . jauhkan dari zina dibulan ramadhan . insyaAllah sebulan ramadhan akan menjadi kita lebih baik dr sebelum ni .. 

okay , ramai jugak yg murah rezeki dibulan ramadhan ni . berkat kesabaran . Tuhan akan bagi apa yg kita perlukan , bukan apa yg kita inginkan okay . igt kalau kita berdoa tidak akan doa itu termakbul dengan cepat sbb Tuhan lebih tahu bila yg terbaik untuk Dia makbulkan doa tersebut . 

Alhamdulillah sekali lagi kerana rezeki yg sy dapat dibulan ramadhan ni . Dengan tidak sangka sy mendapat semua itu . mmg lah tidak seberapa dimata org lain, tp kita wajib bersyukur dengan apa yg kita dapat taw . . ade satu kata semangat yg sy tidak pernah lupa dari dulu sampai lah sekarang , 
" BERSYUKUR ITU ADALAH KEJAYAAN SEBENAR"
ok, mksudnya ialah.. bila kita berjaya ataupun tidak, kita kena bersyukur . Sebab gagal atau berjaya itu jugak ujian sebenarnya , kadang2 ade ygberjaya tapi lupa untuk bersyukur , bermakna dia lupa yg kejayaan dia sebenar dtg dari mana ? dia boleh lupakn segalanya .. bila kita gagal , kita jugak perlu bersyukur sebb iitu yg ditentukan oleh kita.. bukan nya bersedih ke apa ke . kita hanya buat something yang senang je , BERSYUKUR. setle . 

Setakat ni jelah hari ni , igt ye adik2 kawn2 yg mmbaca ni , jgn lupa bersyukur taw . tapi igt jgn menunjuk . jgn riak . okay .

byeeeee.. see u next update ye ..


Rabu, 27 Mac 2013

Imp0rtance Of Duas ..


Bismillahir-rahmanir-rahim

In the name of allah, the merciful and beneficient.
Dear brothers and sisters in islam, according to the Quran and to the ahadith .
( plural version of Hadith) Duas play a very important and very beautiful role in islam. Duas are an essential part of our faith and of the right path . Allah swt has commanded us in the Quran to make Dua to Him . 

Surah 40, version 60: 
And your lord says : " call on me; i will answer your (prayer)...

Surah 2, version 186 : 
when My servants ask you concerning Me, i am indeed close, (to them) : i listen to the prayer of every suppliant whemn he calls on Me: let Them also , with a will , Liisten to my call , and believe in Me: That they may walk in the rigth way .

Surah 7, verse 29 : 
My Lord has commanded justice : and that you set your whole selves ( to Him) at every time and places of prayer . and call upon Him, making your devotion sincere as in His sight: such as He created you in beginning , so shall you return . 
Visit Website : http://www.youtube.com/islamicduas

Surah 47 , verse 19 : 
Know, Therefore , that there is no god but allah , and ask forgiveness for your fault, and for the men and women who believe...
In addition, there are many Ahadith which outline the meaning of the Dua. Aisha radhiallaahu anha said , " No beliver makes Duas and it is wasted. Either it is granted here in this world or deposited for him in the hereafter as as he does not get frustrated ."
Supplication is an essence if ibadaah ( worship) . - ( Tirmidhi ) abu Hurairah reported , " The Prophet, peace be upon him, said : Nothing is more dear Allah than one's supplication to Him. " Tirmidhi and Ibn Majah ).

These are only some passages  from the Quran and the Sunnah of the Prophet Muhammad s.a.s and they only express the importance and beauty of Duas. Allah knows the best how powerful Duas are but unfortunately nowadays we underestimate the real meaning, the real beauty and the real power of Duas. Islam is a beautiful gift from Allah to us. When we want to feel and understand Islam, Then we have to strive to make it in a right way. One of these basics of islam are the Duas which are direct gate to Allah beause a Dua is a conversation with Allah.and honestly , this is truely beautiful, a conversation only with allah swt, the Creator of mankind. thus it is important that you always make yourself and others Dua as many time as you can . Duas can and should be done for everything , not only when you face problems. When you want to achieve something ( whether it is small or big),  Then just make Dua and be patient. As according to the Quran and Sunnah of the Prophet Muhammad s..a.s , it is a necessesity that you make personally make Dua to Allah. Only Allah, the Creator of everything , can give and take , no one else, So ask Him and Inshaallah your Dua will be answered. we (the website) will Inshaallah make Dua for you, too but it cannot substitute your own right and obligation to make Dua. Just regard the Requested Duas from us as an additional Dua for you.

May Allah swt bless you and your family and may he guide us to the right path.
amin..

Isnin, 11 Mac 2013

Best ker kahwin muda ???

Assalamualaikum .

Selalu saya dengar orang bertanya , best ker khwin muda ? x menyusahkan ke ? mcm mna nak hidup ? awk da kerja ke ? da bersedia ke semua ? nk jaga anak la . akan muda lagi . enjoy pun xhabis lagi .
macam2 lagi lah .

umur saya baru je 20 tahun , dan akan berkahwin hujung tahun ni , insyaAllah . :) masih muda kan ? bakal suami saya umur 42 tahun . .sebaya dengan ummi saya . yess memang jauh kan beza umur kami , :)
jadi kenapa setuju n terima untuk khwin muda n kahwin dgn orang berumur . :)
mesti de yang fikir mgkin lelaki tu banyak duit / harta . kan ? ohh noo , jangan fikir negatif okay . :) lelaki ini just simple , biasa je . x berduit pun , xberharta pun . .

Perjalanan cinta saya bukan mudah pun , sebelum saya kenal bakal suami saya ni saya pernah kecewa teruk oleh ex boyfriend saya , lebih teruk dari orang kehilangan suami ,. . huhh. dia minta saya masa 2 tahun untk persediaan kahwin . tapi selama tu la saya di permainkan . dia bersama girl lain semasa saya sibuk belajar . .

Kecewa ? sudah pasti .jujur hampir 2 bulan terlantar sakit , hampir terputus nyawa .

Saya mengalami tekanan yang teramat sangat , saya berhubung dengan dunia luar , dan kehidupan saya berubah hampir musnah . menjadi seorang yang agak liar , bergaul bebas dengan sesape je lelaki/pompuan yang nakal . hampir hidup saya hancur dek sakit hati ..

jujur saya kata pelajaran saya habis sampai disitu je , xsempat graduate pon . saya gagal untk dapatkan diploma saya .

tapi selepas itu , saya sedar dengan perubahan saya , sedikit demi sedikit saya membawa dr jauh dr kawan2 yang membawa saya ke arah yang tidak baik .

disebabkan saya sudah gagal untuk teruskan pelajaran , saya berusaha mencari kerja . Alhamdulillah saya diterima kerja sebagai Kerani Kolej Poly Tech MARA . Dengan bantuan seorang hamba Allah ., :)

Selama dua minggu saya bekerja , saya diusik seorang rakan pejabat , diusik dengan kehadiran SMS yang agak melebarkan senyuman saya . :) saya hanya fikirkan itu sebagai gurauan je ,.
One day rakan pejabat saya ni cuti sebab2 tertentu , dan tengah hari saya dapat SMS " awak , kita makan tengah hari sama ok, ajak k.inon(kawan sepejabat) sekali . " saya terharu , gembira . tapi saya ingat dia just ajak sebab dia de jnji ke ape . tapi fkir2 xde pon . :)
Selepas 3 minggu kami duduk satu pejabat , dia cakap nk balik jumpa parents saya semasa cuti perayaan cina . saya ingatkan gurauan je , .nampak mcm serius je . :)

2 minggu selepas jumpa parents saya , dia melafazkan niat dia untuk jadikan saya sebagai ISTERI dia . agak terkejut jugak la . ingatkan jumpa parents sekadr nk berjalan dekat snaa. .
Alhamdulillah dia telah merubah hidup saya kembali , membawa saya kejaln yg benr , menerima segala kekurangan saya . .

Kami merancang untuk melaksanakan pertunangan kami pada 24 mei 2013 . InsyaAllah . :)
walaupom da hampir mnjdi hak dia tetapi dia tidak menghalang saya berkawn , cuma satu pesan dia jaga diri n jaga solat .

Kamu semua mesti tertanya kan , ibu saya terima ke ?  abah saya terima ke ? family yang lain mcm mn ? adik2 ?
alhamdulillah family saya setuju , adik2 pun suka dengan kehadiran dia .
bagi jawapn ummi n abah saya pullak .
ni jawapan nya :
Ummi: ummi tak kisah yang pentg anak umi bahagia , ummi xnk ank ummi dikecewakan lagi . umur bukan penghalang untuk kita bahagia nak ..
Abah : abah ok je syg , janji kamu bahagia . kebahagiaan abah adalh melihat ank abh bahagia . abah xnk kamu sakit ati lagi macam dulu . :)

hampir menitis air mata mendengar kata2 parents saya . Alhamdulillah . :)

Permintaan saya dengan kedua orang tua saya : ummi , ira xnk buat mjlis besar2 , xnk persandingan , ckup sekdar walimatul urus yg sederhana n akad nikah yang sempurna . hantaran pun xnk banyak sebab itu bukn penentu kebahagiaan kita. :)

InsyaAllah semua nya berjalan lancar . :) terima kasih YA ALLAH atas kebahagiaan ini :)

Selasa, 5 Mac 2013

:'(

bismillahirrahmanirrahim.
assalamualaikum :)..
say alhamdulillah sebelum meneruskan pembacaan anda di blog saya ni .
Bagi Kaum wanita masalah keputihan tu biasa je , kadang ade jgak yang teruk . yang menyebabkan jangkitan kuman . menyebabkan gatal n meradang bagai . tapi itu bukan masalah saya yang sebenar ,. semua orang just tahu yang saya just kena jangkitan kuman dalam usus. xtahu yang sebenarnya . bukan xnk bgtahu tapi xnk de sape2 yang mmhebohkan semua ni . xnk smpai orang yang penyebab sakitku ni tahu semua ni . .
siapa yang mmbaca blog saya ni hope awak orang yang menyimpan rahsia . Allah pernah berkata , " siapa yang menutup aib orang lain maka Aku akn menutup aibnya juga".. semoga anda mengambil iktibar dr pe yang saya ingin luahkan disini . terima kasih kerana sudi menjelajah blog saya .. Insyaallah semoga Allah merahmati kehidupan kalian. :)

Allah maha mengetahui segalanya . susah untuk menerima kenyataan yang saya terkena jangkitan kuman di rahim , dan ia kemungkinan besar menyebabkan saya akan mandul . tapi itu semua kuasa Tuhan . kalo Tuhan nak bagi , saya terima dengan redha sebb mgkin ini blasan dengan apa yang saya telah lakukan semasa saya sihat dulu ,. terlalu banyak kekotoran dalam hidup saya . terlalu banya melakukan seks dengan lelaki , tetapi bg saya itu bukn sebb sbnr .. sbb sebenar ialah orang yang memperkosa saya pada bulan november 2012. ye lepas perkara ini berlaku saya mula mengalami masalah kesihatan , keluar cecair yang berwarna seakan haid selama berbuln2 , saya dptkn rawatan n cecair tu st0p tetapi lain pulak jdinya . kemaluan saya mula nerah2 , luka2 , gatal2 n bernanah sampai tdr malam pun tak selesa .agak lama jugak perkara ni berlalu . dari bulan januari 2013 . sampai sekarang ( mac 2013) . Bila perkara itu makin teruk saya daptkan rawatan doktr di KLINIK KESIHATAN BANGI. Doktor kat situ tak boleh nak buat apa2 sebab dia kata kemungkinan besar kuman tu da merebak dekat rahim saya.. kat situ saya rasa sebak sangat dengar kata2 dotr tu . . apa yang sy sedih ialah untk bakal suami saya nanti , doktr minta saya refer kepada doktr di Hospital Kajang ddengan segera.
Saya segera ke hospital kajang , selepas selesai pendaftaran saya duduk di ruang menunggu untk proses penyaringan. selepas proses penyaringan , selama 3 jam menunggu untuk jumpa doktr perubatan .. then selepas no giliran sampai sya masuk jmpa doktr , dia beri rawatan then dia bgtaw dia x berani nk ckp apa2 , kes awak da teruk . saya akan buat temijanji awk untk bjumpa dengan doktr sakit puan , then saya tanya , masalah saya ni serius ke doktr ? dktr kata : masalah awk agk serius , awk kna refer terus ke dktr pakar sakit puan .. saya terasa lemah sangat badan2 saya , tak boleh nk terima kenyataan . :( saya menunggu surat untk dibawa semasa appoinment dengan doktr pakar pada jumaat .8/3/2013..

saya hanya mampu berdoa semoga tiada pe2 yang bahaya sangat . insyaallah . semua doakn saya selamat ye . terima kasih banyak2 sebab sudi singgah diblog saya yang tak seberapa ni . tq. wassalam .
INNANILLAHIWA'INNA ILAI HIRAJIUN.

Isnin, 18 Februari 2013

Dugaan :(

Bismillahirrahmanirrahim . .
Hati satu2nya organ yang sangat sensitif . sungguh perit kalau kita terasa sakit hati ni . tak ada siapa pun akan tahu apa yang kita rasa . tak akan ada orang faham apa yang kita rasa . Hanya kita yang mampu rasa . Betapa sakitnya aku bila rasa cam ni . Sungguh sakit sangat .
Aku tak mengharapkan majlis tu dipercepatkan . Aku cuma nak kamu faham apa aku rasa . macam mana rasa sakitnya hati kalau mendengar tentang kamu dari orang yang pernah sayang kamu dan yang pernah kamu sayang . Setiap saat , Setiap masa dia menyebut nama kamu di depn mata aku , disipi telinga aku , di depan jasad aku , sunggu aku sakit ati tapi aku tak pernah nak tunjuk di depan org itu , aku tak pernah buat muka di depan kamu , tapi hati aku siapa yang tahu ??? :'( betapa sakitnya hati aku . setiap kali selepas solat , aku berdoa untuk kebahagiaan aku dan kamu , aku menangis merintih meraung sampai bila aku harus mengharungi semua itu . tak ada siapa tahu aku buat semua ini . . .  kenapa kamu tak pernah tahu semua itu ? kenapa  kamu sanggup menyeksa hati aku ? setiap kali aku terfikir semua ini , nak je aku lari dari sini , naik bukit meraung habis2 tentang semua ini . aku sedih . tapi aku tak mampu nak meluahkan semua ini . hanya kamu yang mampu mmbuat hati aku tersenyum kembali .

SEMOGA ALLAH MERAHMATI HIDUPKU N HIDUPMU :)

Khamis, 7 Februari 2013

bermulanya Kisah Kami . .

Bismillahirrahmanirrahim, alhamdulillah hirabbil'alamain, wassalatiwassalamuala ashrafil ambia iwalmursalim, wa'ala alihi wasahbihi ajma'in. . .
Assalamualaikum sekalian .
Dalam perkenalan yang singkat antara saya dgn dia di bulan disember 2012 . . sebelum nie sy dgn dia xpernah bertegur , kalo jumpa pom sebab member saya je or jumpa pon time saya ade hal dan terpaksa dtg ofis asrama je . kalo jumpa kat luar masing2 mesti tunduk pandangan . tak nak bersua mata . hihi , saya sendiri pon tak tahu kenapa . HUHU. Dalam masa saya tengah belajar tidak pernah saya merasa yang saya nak bersama siapa selepas perpisahan antara saya dengan sahabat lama saya dulu .

Selama 2 minggu saya berada di pejabat HEP kediaman KPTM bangi ni sebagai Kerani Sambilan Asrama , kami mula rapat, tapi just sebagai staff . Saya melayan dia sebagai org atas, hormat seperti mana saya menghormati abah saya. Dia sering bertanyakan khabar saya , time hati saya tengah sayang someone yang bernama Haikal, tapi mungkin bukan jodoh saya dgn haikal kowt , after 1 minggu saya kerja, saya dengan haikal clash atas sbab2 tertentu . Dan atas rasa hormat saya Kepada seorang wanita yang sayangkan haikal... 09/12/2012 tarikh saya clash dengan haikal . :)

Macam tahu tahu je awak kan , saya baru je 2 hari break dengan haikal , awak da tanya saya mcm mana hubungan saya dengan haikal . . macam biasalah , secara automatik saya akan jawab jujur dengan awak , entah kenapa , saya rasa senang bercerita dengan awak , mungkin sebab usia awak jugak kowt , awak senang memahami . saya suka , saya suka :D . hihi . . .
One day , awak dengan kak inon ajak saya pergi breakfast , kebetulan pulak perut saya tengah bernyanyi lagu harapan nak makan, :D  apa lagi , saya on jewlah ikot awak dengan kak inon pergi makan. . Makan dekat Kedai mamak  ( Restoran Mufah Maju) . . xpe , kat situ lah kedai yang selalu saya makan dengan member member dulu. . :) ... terima kasih awak sebab belanja saya . hihi malu pullak saya time tu , :)
Dalam masa lepas saya clash dengan haikal , awak selalu usik saya , malu saya tahu tak , saya mampu senyum je time tu , satu pejabat duk usik2 saya . . saya buat biasa jelah diorang usik2 saya dengan awak, sebab saya just anggap itu usikan semata mata. :) lepas 2 minggu orang duk usik2 kita berdua , awak de bagitahu saya yang awak mmg suka saya . sumpah saya kata , time tu hati saya bagaikn kelapa jatuh kebumi . terkejut ! huhhh , rupanya awak memang sayang saya . :P saya hanya ucap kata syukur . Saya tak pernah terlintas nak sayangkan awak , tapi memandangkan awak sayang n suka kan saya , saya hanya berdoa pada Tuhan , " YA Allah , jika dia benar untukku , buka la pintu hatiku untuk terima nya kerana agama, dan akhlaknya , bukan kerana harta dan rupa parasnya " amin. .
Beberapa hari lepas tu awak ajak saya dengan kak ino kluar Lunch sama2 , awk bawa kami makn dekat ... apa nama tempat tu saya pun tak tahu dengan hrapan awak nk bagi saya rasa asam pedas kat situ , tapi sesampai je , kedai yang awak maksudkan tu tutup , hmm agak kecewa jugak saya time tu , tp xpelah . makan apa yang ada je . . lepas dari hari itu hubungan kita semakin baik , semakin rapat , Alhamdulillah . .

sahabat-sahabat sekalian ,
. Jodoh tu kan rahsia ALLAH S.W.T . siapa sangka antara kami terdetik rasa sayang dan cinta antara satu sama lain .kawan2 yang sedang membaca blog saya nie , terima kasih kerana sudi meluangkan masa untk melihat n merehatkan mata di blog saya . .Tuhan Maha Tahu , siapa sangka Jodoh itu kadang2 boleh percaya , kadang2 tidak . saya sendiri tidak percaya bahawa saya sedang menyayangi insan yang baik .
Alhamdulillah hubungan kami sangat baik, sampai sekarang . . walaupun banyak dugaan n rintangan yang menimpa saya , saya hanya berdoa satu je " jika ini jodoh terbaik ku , kuatkanlah aku untuk hadapinya '' .
Alhamdulillah , Tuhan Maha Mengetahui. . amin. . :)


Khamis, 31 Januari 2013

CintaKu

Ya Allah,
jika aku jatuh cinta,
cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu,agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu..
Ya Muhaimin,

jika aku jatuh cinta izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang cintanya tertaut padaMu agar tidak terjatuh aku dalam cinta nafsu..
Ya Rabbana,

jika aku jatuh hati,
jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling dari hatiMu..
Ya Rabbul Izzati, 

jika aku rindu,
rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu..
Ya Allah,

jika aku menikmati cinta kekasihMu,
 janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu...
Ya Allah,

jika aku jatuh cinta pada kekasihMu,
jangan biarkan aku bertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu..
Ya Allah,

jika kau halalkan aku merindui kekasihMu,
jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu...Amiin